Lamanya tak update blog nie...dek kerana kesibukan tugas dan keluarga, blog nie pun menyepi juga tanpa sebarang berita..
Okey, kali nie saya nak kongsi pengalaman saya bersama keluarga menginap di sebuah hotel yang agak unik dan eksklusif dengan harga yang berpatutan. Hotel nie terletak di kawasan perlancongan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Dulu nama hotel nie "Tiara Beach Resort, Port Dickson"...sekarang namanya ditukarganti kepada "Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre ( PRCC)"...
* penginapan termasuk tiket masuk ke taman tema
* bilik hotel yang sangat selesa dan memuaskan
* mandi bersama keluarga di taman tema primaland resort
* sempat juga memotong kek hari lahir anak sulung yang ke-11
Tempahan hotel nie saya buat secara online melalui web Agoda. Harga yang ditawarkan agoda sangat murah dan berpatutan iaitu RM180 untuk 4 orang tetamu berbanding harga biasa iaitu lebih kurang RM450..
Kemudahan yang ada di hotel termasuklah wifi, tv plasma, air-cond, 2 katil bujang & 1 katil queen, water heater, air mineral percuma, meja kopi, kerusi kayu dan pelbagai lagi..
Jadi, kepada anda yang ingin bercuti ke Port Dickson, saya syorkan anda untuk menginap di hotel "Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre ( PRCC)" ini. Anda pasti akan tersenyum kepuasan kerana dapat menginap di hotel yang mewah dan selesa pada harga yang berpatutan. Dan saya syorkan juga anda menempah hotel menggunakan web Agoda. Terbaik Agoda..









No comments:
Post a Comment